Apabila anda tonton video TikTok yang sangat menarik dan ingin memuat turun video tersebut, apa yang muncul dalam fikiran anda? Satu aplikasi muat turun video yang perlu serasi dengan sistem OS telefon anda? Reliabiliti aplikasi muat turun pautan juga amat penting kerana takut ada kandungan spam. Itulah sebab kami bekal anda dengan penyelesaian unik iaitu SnapTikVideo!
Kami tahu bahawa simpan dalam reels di TikTok bukan penyelesaian yang sesuai bagi mereka yang mahu akses kepada video di bawah talian. Sangat syok untuk berkongsi video TikTok yang tular di laman dan status media sosial anda. Cara paling mudah untuk buat sedemikian ialah melalui SnapTikVideo. Ketahui lebih lanjut tentang fungsinya dan cara ia berfungsi pada peranti berbeza di bawah.
6 Fungsi Utama SnapTikVideo

Padamkan Tera Air

Sokong MP4 Dan MP3

Muat Turun Tanpa Had Dengan Pantas

Percuma Dan Selamat

Tak Perlu Mendaftar Atau Log Masuk

Serasi Dengan Semua Peranti
Cara Muat Turun Video TikTok pada Telefon Bimbit
Langkah 1. Cari Video TikTok dan Salin Pautan Kongsian Video
Sekarang buka aplikasi TikTok anda dan tonton video untuk cari kandungan yang menarik yang anda ingin muat turun. Di sebelah kanan, dekat tepi, ada butang kongsi.
Tekan pada butang kongsi untuk salin pautan. Sekarang kembali ke pelayar anda dan tampal pautan ke dalam ruang carian.

Langkah 2. Buka Laman Web SnapTikVideo dan Tampal Pautan
Tekan pada pelayar telefon anda, buka tab baru dan cari laman web SnapTikVideo. Apabila anda buka halaman utama, akan muncul antara muka mudah dengan bar carian yang anda boleh guna untuk memuat turun video.
Apabila anda tekan pada butang muat turun, ia akan tunjuk pratonton video bersama dengan pilihan untuk pilih antara format audio dan video.

Langkah 3. Muat Turun dan Dapatkan Video Anda
Pilih format fail yang anda ingin dapat dan muat turun fail dalam satu klik. Selepas fail dimuat turun dalam storan telefon anda, anda boleh kongsi dengan sesiapa sahaja melalui platform media sosial atau dalam laman status anda.

Cara Muat Turun Video daripada TikTok Guna Komputer
Langkah 1. Layar Ke Laman Rasmi TikTok
Buka mana-mana pelayar dalam MacBook dan PC sistem Windows dan layar ke laman web rasmi Tiktok. Versi web TikTok boleh diakses pada komputer dengan ciri yang serupa dengan telefon pintar.

Langkah 2. Buka Laman Web SnapTikVideo
Dalam tab yang berasingan, buka halaman utama laman web SnapTikVideo. Akan muncul ruang carian di tengah untuk akses pautan TikTok.
Langkah 3. Dapatkan URL Video TikTok Anda
Kembali ke laman web rasmi TikTok dan cari video yang anda ingin muat turun. Tekan pada butang kongsi untuk salin pautan.

Langkah 4. Tampal, Pratonton dan Pilih Format
Tampal pautan kongsian dalam ruang carian SnapTikVideo dan tekan pada butang muat turun, ia akan menjana versi pratonton video secara automatik dengan pilihan format Mp3 dan Mp4.

Langkah 5. Muat turun dan Mula Tonton
Pilih format yang anda ingin dapat dan muat turun fail video anda dengan cepat. Kini video sudah boleh diakses di luar talian dan boleh dimuat naik di mana-mana platform media sosial.